harapan

oh bumi.. please get well soon.

jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat walaupun hampir tiga bulan duduk rumah. hari ni 20k, semalam pun 20k.. pffttttttt. virus dah semakin naik pangkat, dari alpha, kemudian beta, lepastu gamma, jadi delta pulak. entahkan bila mahu berkesudahan. 

kalau dulu, malas nak mengulang rutin bangun pagi-pergi balik kerja.. kita berangan bestnya kalau boleh work from home. bestnya kalau jadi homemaker. takperlu menghadap kesesakan jalanraya, takperlu berebut thumbprint on time dan blablablabla.. tapi sekarang ni cabaran work from home pun boleh jadi mental. burnt out orang jawa kata. hihi.. pergi office lapan hingga lima pun mengeluh, duduk rumah duapuluhempatjam pun tak tenteram. serba serbi la tak kena. walau apa jua cabaran yang kita perlu hadap sepanjang pandemik Covid-19 ni, bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri. dalam pahit pasti ada manisnya.

semoga semua frontliners terus kuat.
semoga Allah permudahkan urusan orang yang hilang sumber pendapatan.
semoga proses vaksinasi seluruh rakyat malaysia settle cepat.
takziah kepada yang kehilangan orang tersayang, semoga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman.
jangan jadi anti-vaksin guys.
stay home, stay safe & stay healthy. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ambil tahu

ehem.. mari mulakan dengan assalamualaikum guys!

ahaks. takpayah nak ber-guys sangatla. takde sape nak baca dah blog ni hoi. update pun setahun sekali. setahun sekali syawal datang lagi menyahut kembali.. setahun sekali sungguh tak terperi hari yang dinanti.. wah feeling amy mastura gitchhuuu.

lamanya lamanya tak menaip. idea beku. tapi jari rindu nak menaip dan merapu. walaupun takde benda nak diupdate.. tapi saje la gatai tangan. kalau dulu zaman student, orang lain dok busy study review segala.. kite dok sibuk bertenggek atas katil, tekun kemain. menghadap laptop. cicak lalu atas kaki pun tak perasan. punya la kusyuk. haha. bukan buat ape pun.. blog walking kekdahnya. pas habis walking, happy senang hati terus tidur sebab dah stress free. assignment gerak seciput seciput. siput sedut lagi laju. rindunya student life.. rindu jugak kat geng. eemmmppphhh.. yang part geng tu tak pernah tak rindula. kuikui. sekarang nak buat macamtu memang takde kesempatan wei. kelip kelip mata habis dah satu hari. kelip kelip lagi dah hujung bulan. masa is so pantas. muka pun dah bertambah kedut. sadis.

life, well, so far so good. my son's health getttinggg way better.. alhamdullillah sangat. hope no more prolonged cough. prolonged -- no more no more. work is also good. untuk empat tahun bekerja di company yang sama, dah empat kali bertukar bos. but, i am so glad i have received so much knowledge here. syukur alhamdulillah. bermula dengan menjadi covering PA for the GM, diserap masuk bekerja dibawah Academic Director dan bertukar bos dua tiga kali. dan bertukar JD dua tiga kali jugak. tak kisahla, as long as bekerja dan ada gaji dan bos pun okay dan colleagues pun okay.. yes i really dont mind. hehe.

talking about colleagues, alhamdulillah.. dapat geng yang sekepala. i know they will always be by my side whenever i need them. i adore their loyalty towards this company. i adore their knowledge, charisma, blablablabla.. sorang tu mak anak satu. sorang tu mak anak dua. tapi kalau pasal kerja, anak tolong ketepi sat. komited sangat.


i think thats all for now.
thanks kepada yang membaca.
lots of love, less of hate.
selamat hari raya guys!
bubboiii!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sekerat dua

lama gilaaaaaaaa tak buka belog. oh rindunya. last post was in march. now dah hujung september. blog walking no more. blog posting no more. lama-lama belog mati terkubur begitu sahaja. sadis. huahuahua. taktahulah ada lagi ke orang baca belog ni ke tak.

daku bukan lagi penulis belog yang tegar. setiap hari pun sibuk. kalau tak sibuk pun, tak rajin nak menghadap pc dan menaip. zaman semua benda nak update dalam belog tu rasanya dah berlalu pergi. dah tak in lagi. haha. baik iols menghadap anak yang satu tu. hihi. mak mak sangat kan? zaman study dulu bolehla.. almost everyday menghadap laptop. takde idea buat thesis, dok merapu dulu tulis blog. hihi. what a moment.

now my son is 1year 6months. makin ligat. makin panjang akal. makin hensem. eh? haha.

ok bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

english summer camp


hi guys!! what's up? i am back after two-month-long hiatus. haha. life has been so busy lately. #takeadeepbreath. but nevermind, i am enjoying this rollercoaster ride. alhamdulillah.

without further ado, i would like to invite all the asian students to join the most enjoyable english summercamp 2016 that will be held in Kuantan Pahang.
i bet you will love this program since it offers a lot of fun activities.
if you have the desire to speak better English, this program has been set up to help you achieve it.
trust me! hehe.

that's all for now.
till then, take care guys!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cry me a river

saya dah ada peminat cilik. haha.
sebabnya dia ni mampu menangis untuk saya sesungai banyaknya.
mak rasa macam artis puloklah noks.

till then, selamat tahun baru guys!
take care.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

angau



melangut di sempadan . sempadan langit senja . senja memanggil riang . riang ketawa si dayang . terlukis laut . lautan kisah . kisah terpaut . dipaut gadis indah . baiduri . selamkan sunyi . ooh, petik silam yang sirna . cambahkan di singgahsana . igauan mekar . angau ku mekar . terpana si perjaka . dibuai ayu ratna . gemalai sambut nyawa . soldadu yang terluka . andai intan . bimbang tercalar . kan aku simpan . dalam dakapan buana . baiduri . selamkan sunyi . ooh, petik girang yang sirna . hias pada mata suria . bidadari . hanyutkan sunyi . ooh, petik hening berwarna . ukiri satu purnama . baiduri . hanyutkan sepi . ooh, petik silam yang pudar . cambahkan di singgahsana . igauan mekar . angau ku mekar . [aizat amdan]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

simpulan kasih

F + A
JAN 31, 2015


thanks for having me as one of your bridesmaids.
u were an absolutely gorgeous bride.
i am truly happy for u, babe.
i will always wish you both lots of happiness and joy in the years to come.

remember this:
healthy marriage isn't always easy,
but it's well worth fighting for.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

songket di pergelangan


tempat jatuh lagi dikenang,
inikan pula tempat bermain.


terima kasih sahabat kerana masih di sisi,
gembira ini kita kongsi,
semoga jalinan kekal abadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pertama untuk pertama kali


yeay.. berjaya menempuh waktu setahun yang pertama dengan jayanya untuk kerja yang pertama selepas secara rasmi melepaskan status pelajar yang dipegang selama 19 tahun. hahhah. ketawa bangga dan tepuk bahu sendiri. eh, takpayah nak bangga sangat la.. loser. yeap, dalam hati terasa juga macam sedikit loser, tapi tidak mengapa, at least ada rezeki kerja dan tidak menganggur. better late then never. syukur Alhamdulillah.

untuk orang yang pertama kali bekerja secara serius.. serius dalam erti kata tidak berfoya-foya main game-zombie-vs-plant macam zaman bekerja part time pembantu penyelidik dulu tu.. rasanya, banyak ilmu yang dapat saya serap, hadam dan kadang-kadang terlupa. eheh. bermula dengan jawatan covering je.. then, diberi peluang untuk terus bekerja di sini. cantik sungguh perancangan Allah.

saya akan terus belajar dan serap seberapa banyak ilmu selagi mampu untuk menjadi pekerja yang dedikasi. wah.. berazam sangat nampak gaya nya makcik ni. hikhik. okeh.. untuk setakat ini dulu. menyampah dah nak taip sebab skrin kecik nau. seksa nak edit dan selalu typo lak tu.

assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lautan


cinta ini. tanda hati. aku kau yang punya. siapa sangka. kita berdua. bersama akhirnya. oh biarkan. ribut dan hujan. datang menduga. aku engkau ada. oh biarkan. seluas lautan. ku renangi. jika aku kau perlukan. oh biarkan. kerna aku kau ada. tiada cela. engkau sempurna. yang teristimewa. seandainya tiada istana. ku mencintaimu seadanya.. yeay. oh biarkan. ribut dan hujan. datang menduga. aku engkau ada. oh biarkan. seluas lautan. ku renangi. jika aku kau perlukan. oh biarkan. kerna aku kau ada. oh siapa sangka. cinta yang kita bina. akhirnya bersemi jua. oh biarkan. kerna kini kau ku ada. oh biarkan. ribut dan hujan. datang menduga. aku engkau ada. oh biarkan. seluas lautan. ku renangi. jika aku kau perlukan. oh biarkan. ribut dan hujan. datang menduga. aku engkau ada. oh biarkan. seluas lautan. ku renangi. jika aku kau perlukan. oh biarkan. kerna aku kau ada. -[yunalis zarai]-

weehhuu.. i am back again. kira dah habis boring tahap maksima dah ni. sepertinya tiada kerja yang perlu dihabiskan. haha. well well well. ada taaapppiii not in the mood. nanti kalau ada masa, saya datang balik sini eh. kembali menulis. janji. KIHKIHKIH. kemain nak janji bagai. oh~ sebelum kehabisan waktu raya ni, saya nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. #senyummeleret. selamat malam guys. assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mesyuarat tingkap


i hope one day i will like it.
sooner or later.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pelarian

engkau datang kepadaku dengan sejuta harapan . kau janjikan cinta itu . ternyataku hanya persinggahan hatimu yang luka . sungguhku tak sangka . dan saat kekasihmu . inginkan kau kembali . tinggalkan aku . lupakanku . kembalilah kau kepada dirinya . kernaku tahu cinta ini . hanya pelarian bagimu .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

all of me


'cause all of me . loves all of you . love your curves and all your edges . all your perfect imperfections . give your all to me . i'll give my all to you . you're my end and my beginning . even when i lose i'm winning . 'cause i give you all of me . and you give me all of you, oh . how many times do I have to tell you . even when you're crying you're beautiful too. the world is beating you down . i'm around through every mood . you're my downfall . you're my muse . my worst distraction . my rhythm and blues . i can't stop singing . it's ringing . in my head for you : [john legend-all of me].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kekangan


rindu pada blog.
tapi tak rajin nak menulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29.3: sepuluh.


bermula dengan angka lapanbelas.
kini menginjak usia duapuluhlapan tahun.
awak masih disisi saya.

through thick and thin.

jatuh bangun suka duka bersama.

terima kasih arjuna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MH370: hilang


hari keempat kehilangan.

jawapan Kapten Norudin Abd. Majid:
kunci penemuan pesawat MH370 adalah doa orang yang soleh dan doa ahli keluarga.

well said.

keep praying. keep hoping.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

good leader

jaga solat bukan make sure cukup 5 waktu, tapi cukup awal untuk ready before masuk waktu. productive Muslim ready 5 minutes earlier sebelum solat. a GOOD leader is someone who never delay his prayers.
source: salt & pepper
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

penjagaan muka

oleh kerana lapisan kulit perempuan lebih nipis dari kulit lelaki, jadi penjagaan yang lebih teliti diperlukan. so kesimpulannya, jadi perempuan ni lecehla sikit. hehe.. bagi pasangan suami isteri, tidak hairanlah kalau kat atas meja solek tu, penuh dengan macam-macam jenis cecair, serbuk, pepejal, poison, chemical, pewarna, blablablabla.. most of them hakmilik sang isteri. yang suami punya mungkin.. emm sikat, perfume, gel rambut, mungkin juga toner dan pelembab. haha.. tu pun kalau lelaki tu jatuh dalam kategori yang rajin nak membelek wajah. tapi pelik juga, walaupun barang-barang yang nak ditepekkan kat muka dorang tu tak sebanyak kaum hawa, tapi kadang-kadang ada juga saya dengar, orang lelaki ni bersiap pun ambil masa yang lama.. mengalahkan orang perempuan. hehehe. okay, tak faham.

macam saya sendiri.. saya cuma tahu basic steps je. pencuci, toner, pelembab. kalau rajin, scrub dan pakai mask. bila beli satu-satu produk muka yang baru. contoh macam serum mata. terus jadi blur. emm.. taktahu nak sapu benda tu selepas atau sebelum pakai pelembab. sudahnya, mari kita hentam sajalah. lepastu kalau tak berkesan, terus taknak beli dah benda tu. produk pentipu katanya. kehkeh. padahal sendiri yang salah step. *tepuk dahi.

okay, dah malas nak taip. nah ini sebagai rujukan:


bai uols!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rawak


stop smoking and make your partner feels proud of you.

gambar langsung takde connection dengan description. macam kecelaruan minda.. kihkih. saya berasa amat gembira bila sang suami berjaya berhenti merokok. nak berhentipun atas inisiatif tuan punya badan sendiri. tiada paksaan dari sesiapa. kalau tanya saya, memang saya tidak gemar ada dalam keadaan sekeliling yang berasap-asap ni. rasa semak. sesak nafas pun ya juga. eheehee.

sekarang kalau orang tanya pasal si dia merokok atau tidak. saya boleh jawab 'oh, dia tak merokok' dengan rasa sedikit bangga. dan kalau orang tu puji, saya just senyum dengan hati yang berbunga-bunga. Alhamdulillah. so para lelaki yang masih tegar merokok tu, why not tahun ini cuba berhenti merokok. kalaupun tidak dapat membuatkan partner kamu rasa bangga.. mungkin boleh menyenangkan hati ibu anda. atau anda sendiri boleh berbangga dengan diri sendiri. chaiyok!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terlepas

dua orang budak ni, beria-ria nak pergi jalan kat bandar naik train. nak bagi kereta berehat katanya dan nak mengurangkan pencemaran udara dan sekaligus nak mengimbau zaman bercinta muda remaja naik train pergi klcc bagai tu ha. hamboi, alasan kedua tu macam skema je. alasan ketiga tu pulak macam stok geli-geli. ahaks. okay, tipu. alasan yang sebenarnya malas nak tempuh jem.

kita proceed ke plot seterusnya..

okay, ceritanya pendek je. mereka berdua ni dua kali terlepas stesen yang sepatutnya. dua kali naik train dalam tempoh satu minggu tu, tapi dua kali tu lah jugak terlepas stesen. haih.. tak faham betul. macammane ntah boleh jadi tak alert macam ni. dua kali pulak tu. sebelum sampai destinasi dah penat kaki menunggu. apedaaa.. kihkih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...