first ever: nuffnang

 

yang sebenar-benarnya, hal ini berlaku pada beberapa bulan yang lepas. saja mahu abadikan disini. bukan untuk dibanggakan. tapi sekadar ingatan pada diri sendiri supaya lain kali jangan nak gatal tangan sangat untuk cuba-cuba tekan button 'cashout' kalau sekadar mahu lihat apa akan jadi seterusnya. ihiks. insiden tidak sengaja sebenarnya. tangan ni ha.. mengada sangat. #mood: jentik tangan sendiri.

ini pengalaman pertama saya.

begini ceritanya..

satu pagi, saya tekan butang cashout nuffnang tu. saya ingat, lepas tu mungkin prosesnya macam biasa la. mungkin akan ada pop-up box yang ada tanya kita ni dah memang muktamad ke nak keluarkan duit yang tak seberapa nak hado tu kan.. tapi apa yang saya bajet tu tak terjadi. kaget terus. gelabah itik. eh mana? eh manaaa ni? haha. lepas tu, earning jadi ringgitmalaysia negatif sepuluh.zerozero.. awww.. seksi sangat. cheit..

perbuatan itu diakhiri dengan seribusesalan tiada guna. sobss.. sedih sebab sayang. mana tahu duit tu boleh menjadi kegunaan di hari tua. tapi sekarang ni, tak sempat tua sangat tapi duit yang di-cashout tu dah habis guna. haha.

itulah dia hasil lima tahun menuai padi. daripada nilai duapuluhlimasen yang susah gila nak naik tu sampai penghujung tahun 2012.. daripada menulis tentang cerita diri ini secara terang-terangan sehingga sekarang dah jadi pandai pilih sikit apa yang perlu ditulis di sini dan apa yang tidak perlu dikongsi langsung. Alhamdulillah. tak sia-sia berkongsi info di laman ini. sekarang kena usaha keras balik untuk tambah earning. hihi.

pertama sekali, terima kasih Allah atas rezeki ini. ribuan terima kasih juga kepada followers yang belum tentu baca setiap entri di belog ni. terima kasih kepada blogger yang sudi letak link blog saya kat blog korang. #flying kiss kat bloggers tu semua. terima kasih kepada pembaca yang tersesat. terima kasih kepada yang gigihs search nama belog saya. terima kasih kepada yang selalu singgah sini dan baca entri saya dan tinggal komen. terima kasih silent readers. terima kasih nuffnang. terima kasih kepada blablablabla... pendek kata, terima kasih lah ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments :

Unknown said...

Sama-sama. Eh?



Hehehe

oshinz said...

wawan:
akak pilih terima kasih yang mana? eh? haha. soalan nak kena lempang ni namanya.

cha said...

dah cashout tu mehla belanja akak huhu

oshinz said...

cha:
duit yang dapat tu dah habis dah kak.. tapi takpe demi kak cha, meh kite ngedate kat burgerbakar. nak? hehe.

::Aja:: said...

byk le tu yek?hahaha,..aja smpai skang xdapat2 BE..semuanya hanya la iklan yg sekilas lalu je jalan nye..ade tips tak?hehe

oshinz said...

::Aja:: :

tak tak takkkk. tak banyak pun.

alamak.. tips ye? emm kite pun tak pasti. mungkin kena selalu update, lepas tu kena rajin blogwalking dan tinggal komen. kalau boleh dekati blogger yang rajin nak singgah kat blog kita balik.

camtu je kot? hehe. hope membantu aja ye. =)

Chic Na said...

wahh dah boleh belanja kita la camni. hehe..

oshinz said...

Chic Na:
hehehe.. In Sha Allah, lainkali kalau ada rezeki lebih. kita kasi hadiah pada pembaca bertuah belog ini.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

belanja lew ittew ;(






alaaa da abes guna? cheit!

oshinz said...

SyAfaWaNi ♥‿♥:
ala... ittew selalu jew nak belanja awk.. tapi awk tak sudi lew. sedih kite.

eh tapi buatpe nak belanja orang tengah diet? rugi rugi. nanti i yang kena jadi buruk siku, sebab u mesti tak abis makan. so i kena abiskan.. kan tak baik membazir. nanti Allah marah.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

sapew kate ittew xsudi hah?? @.@


alaaaa...nakk jugak! ittew xmo diet! *guling guling atas katil* ittew lapar ni..perut ittew bunyik krok krek krok krek..acaner? nak beger bakar!



hahaha

oshinz said...

SyAfaWaNi ♥‿♥:
hakhakhak.. ittew pun ase lapaw ngat. pewut ittew bunyi krongkrongkrong. haha. ade stail black metal tak?

#kelipkelipkelipmata.

jom ah. takyah nak diet sangat. kesian perut tu.. nanti dia merajuk balik kampung.. ha habis la u dah takde perut jap lagi. kihkih.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wehh toksah dok komen dah la..perut i dah menjerit nih..cepat ah siap..beger dah panggey nih..letsegooo bebeh! haha

sian la ittew ni ;-(

ittew merenjas lagi atas katil mcm tadi kang..baru awok tahu erti penyesalan..hahaha

*kenyitkenyitmata*

oshinz said...

SyAfaWaNi ♥‿♥:
alo bebi bebi toksah la merenjas. jap mummy bancuh susu campo milo eh. kahkah.

Cik Yanie (",) said...

oit2 simpan sikit duit tu untuk ai di sini..lalalalalala..

oshinz said...

Cik Yanie (",):
haha.. dah abis weh. acane ni?