yang sebenar-benarnya, hal ini berlaku pada beberapa bulan yang lepas. saja mahu abadikan disini. bukan untuk dibanggakan. tapi sekadar ingatan pada diri sendiri supaya lain kali jangan nak gatal tangan sangat untuk cuba-cuba tekan button 'cashout' kalau sekadar mahu lihat apa akan jadi seterusnya. ihiks. insiden tidak sengaja sebenarnya. tangan ni ha.. mengada sangat. #mood: jentik tangan sendiri.
ini pengalaman pertama saya.
begini ceritanya..
satu pagi, saya tekan butang cashout nuffnang tu. saya ingat, lepas tu mungkin prosesnya macam biasa la. mungkin akan ada pop-up box yang ada tanya kita ni dah memang muktamad ke nak keluarkan duit yang tak seberapa nak hado tu kan.. tapi apa yang saya bajet tu tak terjadi. kaget terus. gelabah itik. eh mana? eh manaaa ni? haha. lepas tu, earning jadi ringgitmalaysia negatif sepuluh.zerozero.. awww.. seksi sangat. cheit..
perbuatan itu diakhiri dengan seribusesalan tiada guna. sobss.. sedih sebab sayang. mana tahu duit tu boleh menjadi kegunaan di hari tua. tapi sekarang ni, tak sempat tua sangat tapi duit yang di-cashout tu dah habis guna. haha.
itulah dia hasil lima tahun menuai padi. daripada nilai duapuluhlimasen yang susah gila nak naik tu sampai penghujung tahun 2012.. daripada menulis tentang cerita diri ini secara terang-terangan sehingga sekarang dah jadi pandai pilih sikit apa yang perlu ditulis di sini dan apa yang tidak perlu dikongsi langsung. Alhamdulillah. tak sia-sia berkongsi info di laman ini. sekarang kena usaha keras balik untuk tambah earning. hihi.
pertama sekali, terima kasih Allah atas rezeki ini. ribuan terima kasih juga kepada followers yang belum tentu baca setiap entri di belog ni. terima kasih kepada blogger yang sudi letak link blog saya kat blog korang. #flying kiss kat bloggers tu semua. terima kasih kepada pembaca yang tersesat. terima kasih kepada yang gigihs search nama belog saya. terima kasih kepada yang selalu singgah sini dan baca entri saya dan tinggal komen. terima kasih silent readers. terima kasih nuffnang. terima kasih kepada blablablabla... pendek kata, terima kasih lah ek.