perempuan dan emosi

ini entri copy paste dari blog carl samsudin. terpaksa publish blek sebab ilang. ngeng betul tau!!! ibu mengandung sila ambil perhatian!! =) eh tapi semua orang pun kena baca juga, terutama kaum lelaki.
Readers tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira bangsa apa sekali pon. Kali ini aku nak buat satu entry yang amat berguna untuk korang semua. "BUKAN SALAH PEREMPUAN". Ecehh.. dah macam tajuk drama TV3 kan? Haha. Sebenaqnya aku nak share dekat korang kenapa perempuan suka buat hal, suka buat perangai, suka merajuk tak tentu pasal bila tiba masanya dan keadaanya. Kadang-kadang tengah happy-happy dia nak buat perangai lah pulak! Ini bukan salah kaum hawa. Habis tu salah siapa? Salah kaum adam? Tak jugak! Ini salah ESTROGEN! Kenapa nak salahkan estrogen? Apa benda estrogen itu? Apa kene mengene perempuan-marah-estrogen? Ni aku nak cerita lah ni, sabar boleh tak?

Estrogen merupakan satu binaan atau hormon yang membezakan hangpa ni lelaki or perempuan. If hangpa perempuan hangpa mesti banyak estrogen dalam badan hangpa dan sekiranya hangpa lelaki hangpa kurang bende alah ni, hangpa lagi banyak hormon testosteron. If hangpa kunsar? Hangpa boleh pikir lah mana satu ada dalam badan hangpa.

Menstrual Cycle

Tau pasal menstrual cycle? Kitar haid? If kaum hawa tak tahu aku rasa better korang tak payah jadi kaum hawa. Better korang jadi alien pon lagi bagus. Haha. Dan aku yakin tak ramai kaum adam yang nak amik tahu pasal ni. Bukan kerja diorang pon kan. Bukan ada keluaq darah pon dekat kemaluan diorang nih. Takde point pon diorang nak amik tau. Ye dok? Tapi kali ini aku nak suruh korang semua amik tahu pasal nih. Bende ini terjadi kat adik beradik perempuan hang termasuk mak hang and nenek hang dan kawan-kawan perempuan hang dan jugak awek hang.. HARUS ambil tahu!

Menstrual cycle ini merupakan satu perubahan physical yang berlaku terhadap kaum hawa yang subur. If tak subur susah sikit dia nak berlaku dengan betol cycle ini. Menstual cycle ini lah yang menyebabkan berlakunya haid pada kaum hawa. Keluaq darah dekat bawah sana. Tau kan? Aku nak explain details-details kang aku takut kene kutuk dengan budak-budak blajaq medic. Tapi aku nak tekankan lah. Bila nak berlakunya ovulation masa menstrual cycle ini, hormon estrogen akan dirembeskan dengan banyak masa ini. Hangpa tengok diagram yang aku kasi tu, ada satu peringkat dimana hormon estrogen graf dia menaik. Ha!! kat situ lah selalunya perempuan akan buat ragam kerana hormon estrogen ini lah yang mempengaruhi mood kaum hawa ini. Hangpa lelaki susah nak faham sebab hangpa kurang hormon ini. Seriously hormon estrogen ini lah yang membuatkan kaum hawa selalu nak beremosi. Diorang bukan sengaja nak beremosi pon. So hangpa jangan lah salahkan dia. Nak buat camna bila tuhan dah kasi kaum hawa ini dengan banyak hormon estrogen ini. Bukan depa nak pon.

Kacang Soya

Apa pulak kene mengene kacang soya dengan hormon estrogen pulak ni? Ha! ini lah aku nak kabar kat hangpa semua. Kacang soya yang orang selalu duk kata baguih sangat ni takda lah baguih mana pon. Hangpa tahu tak kacang soya ini merupakan salah satu makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen dalam ini? Hangpa tau tak hormon estrogen yang berlebihan dalam badan hangpa boleh menyebabkan hangpa lemah? Boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser payudara? Hangpa tahu tak? Hangpa tahu tak kenapa matsaleh galakkan kita minum sangat air kacang soya keluaran diorang ini? Depa nak kita ni lemah! depa nak kita ni sakit! Depa nak bunuh kita. Hang tau tak walaupon depa duk galak-galakkan kita duk minum air kacang soya ini sebaliknya depa sikit pon tak sentuh air kacang soya ni? Hang tahu tak? Hang tahu tak depa duk minum coffee! depa duk minum teh! tapi duk canang satu dunia teh and coffee tak baguih untuk kesihatan? Hang penah fikir dak kenapa?

Mak-mak hangpa mesti cakap if mengandung elok minum kacang soya ni. Nanti anak kulit putih macam matsaleh? Itu semua bohonglah belaka. Hang tahu tak bayi yang mak depa minum banyak kacang soya ini selalunya akan mengalami masalah kulit? Hormon terlebih dalam badan. Sekarang hang tau tak kenapa banyak lelaki bersifat macam wanita? Hang tau tak? Sebab mak-mak menggalakan anak depa minum air kacang soya masa anak depa mengandung. Hebat betol matsaleh musnahkan benih-benih manusia akan datang. Hang tak percaya apa aku tulih ni, hang boleh google and hang research. TRY lah!

Dah melalut pulak aku rasa sekarang ini. tapi takpa lah. Aku nak kasi hangpa sekalian sedaq sikit tentang bahayanya hormon estrogen ini. Makin banyak hormon estrogen dalam badan kaum hawa makin ladies dia and makin sensitive. Makin kurang, makin ganaslah dia umpama tomboi. Ini betol. Aku tak tipu.
thanks carl sebab bagi share this info.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tanpa syarat

sebelum tidur di waktu malam.. anda pernah terfikir untuk memaafkan orang?
sejujurnya, saya pun tidak punya waktu untuk itu sebelum tidur.
sebab perkara itu bukan sebahagian daripada rutin saya.
lazimnya, saya cuma baca doa tidur dan tarik selimut.
lantas lena melayang mencari mimpi.

tapi pernahkah anda berfikir sejenak..
dalam satu bulan berapa kali anda memaafkan orang di sekeliling?
maaf tu tak mudah macam kita melemparkan senyuman.
setuju?


perlakuan memaafkan tu kadang-kadang boleh jadi mudah.
dan kadang-kadang tu boleh jadi susah.
bila kesalahan yang kecil berlaku secara konsisten,
makin lama makin berat hati untuk memaafkan.
atau bila sampai satu kesalahan yang tak boleh diterima dek akal,
hati kita ragu-ragu mahu memaafkan,
malah berdendam.

kadang-kadang, kita memaafkan dengan syarat.
contohnya begini:

makwe: kenapa lambat?
pakwe: tadi masa nak keluar, mak minta tolong hantar pergi bandar.
makwe: kenapa tak inform?
pakwe: terlupa nak inform, tergesa-gesa tadi. sorry ya.
makwe: awak lambat bukan sekali dua.
pakwe: ye saya tahu. saya minta maaf. kali ni bukan sengaja.
makwe: ye la tu. okay, dimaafkan. tapi lain kali jangan buat lagi.
pakwe: ye baik.
makwe: kalau buat lagi. siaplah awak.

hahaha. dialog di atas cuma contoh. bukan ada kaitan dengan sesiapa. nampak tak si makwe mengenakan syarat semasa memaafkan? biasalah, manusia. perbuatan memaafkan itu adalah kerana sayang. sayang dan tidak mahu kehilangan. tidak mahu ada yang terpisah. sebab kadang-kadang, perbuatan tidak memaafkan itu membuat orang yang tinggal satu bumbung pun terpisah. suami isteri tidak bertegur sapa. berselisih faham dengan kawan-kawan, masing-masing tidak mahu mengalah. sampai sanggup putus kawan. kalau masa kecik-kecik dulu, siapa yang mengalah tu akan cakap: 'kita kawan dengan awak olok-olok je tau.' eleh.. padahal nak je kawan. kalau tak kawan, macammane nak pergi rehat same-same. mula-mula kawan olok-olok pastu nanti lama-lama geng balik. masa sekolah rendah, berapa lama sangatlah kita boleh bertahan tidak bermain dan tidak bercakap dengan kawan kiri kanan kita, kan?


hidup kita sesak dengan syarat.
jangan jadikan alasan kita manusia biasa..
tak punya upaya maafkan manusia lain tanpa syarat.
cuba bayangkan kalau Allah mengenakan syarat untuk memaafkan kita..
=)


sedarilah bahawa jika hari ini kita susah mahu memaafkan orang, mungkin esok lusa akan sampai masa orang juga susah mahu memaafkan kita. entri saya bukan bertujuan mahu tunjuk bagus. kerana saya juga manusia biasa. saya juga mahu belajar memaafkan orang lain tanpa syarat. menerima semua yang terjadi itu adalah Qada' dan Qadar Allah. meminta maaf dan memaafkan selagi belum terlambat. selagi belum wujudnya perpisahan yang tidak berganti. selagi punya upaya menyedut oksigen dengan sempurna.

till then, take care guys..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

takde tajuk

 sumber: qippy

saya ada satu kawan yang dia punye kesukaan adalah update saya dengan info terbaru pasal kawan-kawan. dan info yang paling dia suka update adalah siapa kawan-kawan sekolah saya yang dah berjaya bertukar status from 'single' to 'married'. paling febbbbrrreeeetttttttt okeh.

kadang-kadang dia update satu-satu. kadang-kadang tu dia update sekaligus.. contoh macam ni-"majoriti geng si 'z' dah kawen." misallah kata geng si 'z' tu ada 6 orang. kalau majoriti, kemungkinan 4 daripada 6 orang sudah berkahwin. al-maklumlah, sekolah saya semuanya gegurls. yang tomboy pun kahwin awal. apetah lagi perempuan yang tulen.. mestilah masing-masing target nak kahwin sebelum umur bertukar dengan hebat menjadi 26 tahun. ehem!!! saya pun pernah target macam tu dulu. itu dululah. sekarang target sudah tukar.

dari satu sudut yang positif, saya fikir niat dia baik: mahu berkongsi cerita dengan saya. tak dinafikanlah, saya pun tumpang suka bila ada kawan-kawan yang dah berjaya menjadi ibu pada usia yang muda. tahun ni dah merasa dapat ucapan "selamat hari ibu." tapi kan.. haha. bila dah kerap sangat dapat update macam tu, lama-lama saya rasa macam; "eh, am i a loser?" dan dia pun keep on asking me, bila turn saya pulak. hadoi.. tolonglah. boleh gugur rambut tau ada kawan macam ni. boleh dapat gangguan emosi tau tak?

eh pada saya, okeh ape umur 25 tahun tapi masih berstatus 'single' kat dalam resume.. senang sikit nak dapat kerja. haha. ke salah?

terima kasih kerana kamu sudi baca entri ini sampai habis. saya nak pergi stabilkan emosi. till then, take care guys~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...