harapan

oh bumi.. please get well soon.

jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat walaupun hampir tiga bulan duduk rumah. hari ni 20k, semalam pun 20k.. pffttttttt. virus dah semakin naik pangkat, dari alpha, kemudian beta, lepastu gamma, jadi delta pulak. entahkan bila mahu berkesudahan. 

kalau dulu, malas nak mengulang rutin bangun pagi-pergi balik kerja.. kita berangan bestnya kalau boleh work from home. bestnya kalau jadi homemaker. takperlu menghadap kesesakan jalanraya, takperlu berebut thumbprint on time dan blablablabla.. tapi sekarang ni cabaran work from home pun boleh jadi mental. burnt out orang jawa kata. hihi.. pergi office lapan hingga lima pun mengeluh, duduk rumah duapuluhempatjam pun tak tenteram. serba serbi la tak kena. walau apa jua cabaran yang kita perlu hadap sepanjang pandemik Covid-19 ni, bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri. dalam pahit pasti ada manisnya.

semoga semua frontliners terus kuat.
semoga Allah permudahkan urusan orang yang hilang sumber pendapatan.
semoga proses vaksinasi seluruh rakyat malaysia settle cepat.
takziah kepada yang kehilangan orang tersayang, semoga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman.
jangan jadi anti-vaksin guys.
stay home, stay safe & stay healthy. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ambil tahu

ehem.. mari mulakan dengan assalamualaikum guys!

ahaks. takpayah nak ber-guys sangatla. takde sape nak baca dah blog ni hoi. update pun setahun sekali. setahun sekali syawal datang lagi menyahut kembali.. setahun sekali sungguh tak terperi hari yang dinanti.. wah feeling amy mastura gitchhuuu.

lamanya lamanya tak menaip. idea beku. tapi jari rindu nak menaip dan merapu. walaupun takde benda nak diupdate.. tapi saje la gatai tangan. kalau dulu zaman student, orang lain dok busy study review segala.. kite dok sibuk bertenggek atas katil, tekun kemain. menghadap laptop. cicak lalu atas kaki pun tak perasan. punya la kusyuk. haha. bukan buat ape pun.. blog walking kekdahnya. pas habis walking, happy senang hati terus tidur sebab dah stress free. assignment gerak seciput seciput. siput sedut lagi laju. rindunya student life.. rindu jugak kat geng. eemmmppphhh.. yang part geng tu tak pernah tak rindula. kuikui. sekarang nak buat macamtu memang takde kesempatan wei. kelip kelip mata habis dah satu hari. kelip kelip lagi dah hujung bulan. masa is so pantas. muka pun dah bertambah kedut. sadis.

life, well, so far so good. my son's health getttinggg way better.. alhamdullillah sangat. hope no more prolonged cough. prolonged -- no more no more. work is also good. untuk empat tahun bekerja di company yang sama, dah empat kali bertukar bos. but, i am so glad i have received so much knowledge here. syukur alhamdulillah. bermula dengan menjadi covering PA for the GM, diserap masuk bekerja dibawah Academic Director dan bertukar bos dua tiga kali. dan bertukar JD dua tiga kali jugak. tak kisahla, as long as bekerja dan ada gaji dan bos pun okay dan colleagues pun okay.. yes i really dont mind. hehe.

talking about colleagues, alhamdulillah.. dapat geng yang sekepala. i know they will always be by my side whenever i need them. i adore their loyalty towards this company. i adore their knowledge, charisma, blablablabla.. sorang tu mak anak satu. sorang tu mak anak dua. tapi kalau pasal kerja, anak tolong ketepi sat. komited sangat.


i think thats all for now.
thanks kepada yang membaca.
lots of love, less of hate.
selamat hari raya guys!
bubboiii!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sekerat dua

lama gilaaaaaaaa tak buka belog. oh rindunya. last post was in march. now dah hujung september. blog walking no more. blog posting no more. lama-lama belog mati terkubur begitu sahaja. sadis. huahuahua. taktahulah ada lagi ke orang baca belog ni ke tak.

daku bukan lagi penulis belog yang tegar. setiap hari pun sibuk. kalau tak sibuk pun, tak rajin nak menghadap pc dan menaip. zaman semua benda nak update dalam belog tu rasanya dah berlalu pergi. dah tak in lagi. haha. baik iols menghadap anak yang satu tu. hihi. mak mak sangat kan? zaman study dulu bolehla.. almost everyday menghadap laptop. takde idea buat thesis, dok merapu dulu tulis blog. hihi. what a moment.

now my son is 1year 6months. makin ligat. makin panjang akal. makin hensem. eh? haha.

ok bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...